Hampir Padam

Assalamualaikum


Masa mandi tadi berfikir panjang. Banyak aku fikir, sambil cuci kain tengah malam gituu, mengelamun sendiri di bilik mandi. Lately, bukan lately selalu jak pun fikir macam-macam. Adore someone yang banyak bagi inspirasi. Terutamanya orang pandai. Pandai jaga agama, pandai jaga diri dan semua.

Terus aku mau tulis di blog. Blog yang hampir aku padam. Bukan hampir. Aku padam sudah pun. Tapi nasib baik dorg ni (pihak blogger) ada sense yang hati manusia ni cepat berubah. Sebab tu sediakan button 'undo deleted' dan aku pun dengan gediknya tekan butang tu dan terus cepat-cepat tukar link baru. hiks.

Aku padam sebab bukan apa, aku rasa banyak benda aku merepek sini. Tiada kualiti punya penulisan. Buang masa ! Lepas tu aku fikir apa punca aku tiada idea untuk menulis disini? Membaca. Ya, kebelakangan ni aku kurang membaca. Membaca benda yang bermanfaat. Buku la kan. Seriously, aku terinspirasi untuk menulis lagi lepas baca buku DIAgnosis2.

Adore them (penulis buku DIAgnosis) so much. Walaupun sibuk kerja, belajar dan hadap manusia pelbagai kerenah tapi masih ada masa untuk berfikir dan sentiasa mengagumi kebesaran Pencipta. Aku? Selalu buang masa. Tweeting, instagram, facebook and so on.

maka bertanyalah kepada mereka yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl:43)

Terima kasih, kembalikan hidup yang aku rindu. Walau berbeza masa, tempat dan orang sekeliling. Terima kasih Allah, banyak memberikan petunjuk untuk aku terus hidup :)


No comments:

Post a Comment