Be yourself

Assalamualaikum

*Sinyum siring-siring, assignment saya sudah siap.


"You'll be happy when you say so"

That quote, hmm tapi kenapa bila kita cakap, orang marah, sakit hati, cuci kain masak nasi, sapu lantai *k merepek* dan sebagainya dengan kita? Mungkin cara penyampaian tu salah atau orang memang tidak boleh terima. hafffff idk. Tapi, bila kita terlalu fikirkan semua tu, sampai bila kita akan cakap. Kan? Sebab aku pernah baca satu quote ni, "lebih baik ditampar dengan kebenaran daripada dicium dengan penipuan". Hiks, chill !

Hidup ni penuh dengan penipuan. "Baju kau cantik !" , "Flawlessnya muka kau" , "Hati kau macam malaikat" hahh ! Hiperbola. kahkah Dalam hidup, apa yang penting kita tau kemampuan dan kelemahan kita. Sebab itu kunci utama untuk kita jadi diri sendiri. Jangan takut hilang sesuatu sebab jadi sendiri. Tapi kau patut risau bila kau ada segalanya tapi kau berlakon jadi orang lain.

Pakai mekap tebal, ikut fesyen dan trend terkini, pakai baju orang, ehh? hahaha semua tu tidak akan buat kau bertukar jadi siapa-siapa. Be positive, spread positive vibes and be yourself. Bye

No comments:

Post a Comment