Dia yang buat aku gila.

Alhamdulillah. Tahun dua aku di universiti tidak sehambar masa di tahun satu. Tidak aku nafikan disebalik semua ni ada seorang yang menjadi pendorong untuk aku bangun dan terus berdiri. Terima kasih.


Kalau dikata cinta pandang rupa, mungkin bukan aku orangnya. Kawan-kawan selalu tanya, apa yang aku pandang dengan dia. Kalau rupa, memang tidak layak untuk aku. *Kawan cakap. hewhew* Tapi entah apa yang mendorong aku untuk terus dekat.

Cuti pertengahan semester kedua. Semua bermula. Sem tu aku tidak balik. Dia mula chat aku say happy holiday. Sebab aku tidak balik, apa la sangat holiday tu kan. Balas. Balas dan balas. Dia yang aku minat dari hari orientasi. Kau rasa? Sebab aku fobia dengan previous relationship, aku memang susah mau declare apa2 hubungan. So yang ini pun aku tiada declare apa-apa walaupun memang serious time tu. Kawan aku cakap, tidak pernah dia nampak aku seserius ini.

Interview PSM. Fasilitator untuk orientasi pelajar baru. Aku mau join. Tapi aku takut. Sebab before tu aku ada join interview PRS dan aku tidak dapat. Sedih. Tahun satu aku memang pasif. Then cerita dengan dia. Aku takut takut dan takut. Dia kata, cuba, cuba dan cuba. Macam-macam tips dia bagi. Hint. So kiranya before aku interview dengan panel yang sebenar aku ada saringan. haha Alhamdulillah, tidak putus-putus dia bagi semangat untuk aku pergi iv tu. Dan aku salah seorang yang terpilih. Satu dia cakap, "Memang sekarang kau pasif tapi jangan risau, PSM permulaan segalanya." okey cukup cerita pasal PSM.

Dari pertengahan semester tu sampai lah habis sem kami berhubungan baik. Dia 3rd year. so maknanya itu adalah sem akhir. Berakhir sem 2 aku. Aku balik Tawau dia stay for internship. Sumpah, aku ndak harap apa2 pun dari hubungan tu. Yang aku tau, aku cuma serius. Dan aku sendiri tidak tau arah tuju hubungan tu macam mana. Masa cuti tu, kami ada lost contact kejap. Aku busy cuti, dia busy intern. I teach myself to be matured. So, okay lah. Faham. Busy. Tapi makin lama makin hambar. At last, dia send message yang dia tidak bole go through dengan relationship tu. Puas aku tanya kenapa, tiada jawapan. Ada benda yang kita perlu pertahankan dan ada yang patut kita lepaskan. Kau rasa kalau sudah dia cakap tidak mau perlukah pertahankan.

Aku lepaskan. Tapi dia datang balik. Dia datang tepat pada masanya. Masa aku betul-betul perlu. Aku memang belum matang. Pilihan simple pun aku ndak boleh buat. Nasib baik dia ada. guide aku macam2. Bagitahu ini itu. Terubat marahku. Tapi semua sekejap. Rupanya dia datang untuk pastikan aku tidak sesat. haha. Terima kasih lah. Dan kali ni lebih sakit. Aku mau tau apa yang jadi sebelum ni. Entah kenapa kali ni aku nekad untuk cari tahu segalanya. Aku tanya kawan dia. Dalam diam, dia sudah dengan sorang perempuan siap bawak jumpa parents lagi. Wow, macam ada batu hempap kepala aku time tu. Time tu aku depan kawan2 memang berabis menahan airmata. Tapi aku tau dorang tau aku sakit. Sakit sangat. Kelas jam 2. Dalam dewan kuliah, ndak tahan . Finally, burst into tears. Depan kawan aku. Adda. Yang sedih, aku tau dari orang lain.

Puas aku pujuk tanya apa sebab dia buat semua. Akhirnya dia jawab:

"Aku kenal kau dulu dari dia. Aku memang betul-betul sayang kau. Cuma aku nampak sesuatu yang tidak kena dengan hubungan ni kalau kita teruskan."

'Kenal aku dulu dari dia' itu sudah cukup mengubat segalanya. Sekurang-kurangnya, aku tidak kacau hubungan siapa-siapa. Sokay lah. Setiap yang datang pasti memberi kenangan atau pengajaran. Ya, terima kasih untuk semua. Terima kasih sebab bawak aku sampai ketahap ini :)

No comments:

Post a Comment