Eid'16

Assalamualaikum

Selamat hari raya! Raya kesepuluh baru update blog. I busy. Busy memikirkan entry apa yang mau diceritakan lagi. Ohh ya, amacam raya tahun ni? Mesti meriah kebaboom kan?! Biasalah, nama pun raya mestilah semua bergaya. Gituu. Haha. Aku? Raya aku biasa jak.

Memang tiap raya aku sambut sederhana. Kadang ndak macam raya pun. Mungkin salah satu faktor, sebab aku aku anak tunggal. Boring. Biasa aku tengok meriah sebab ada adik beradik. Hee, kalau sebelah abah aku, aku ndak seberapa rapat. Salam-salam, makan-makan, duit raya, eh? Hahaha pas tu sudah la. Macam tu jak. Kalau sebelah umi pulak, terlampau besar familynya, susahlah kalau kau mau set pakai baju warna sama. Kau ble set semua tu kalau ada yang kawin seja, yes.

Aku ni, ndak lah jugak cerewet sangat bab warna ni. Semua warna aku tibai jak. Tapi yang aku cerewet bab fesyen. Selalu sebelum puasa umi sudah tanya mau warna apa. Kali ni teda. Haha, aku ndak kisah sangat. Random pun boleh. Rare jugak tahun ni, last day puasa baru aku sibuk cari baju. Hahaha satu memang ada sudah. Sebelum puasa lagi buat. Tapi tu lahh, manusia,  sentiasa mau lagi.

No comments:

Post a Comment