Serious talk.

Assalamualaikum

Hi.

'Allah tidak akan gantikan sesuatu yang lebih baik jika kita tidak redha'

"Kalau dah bersedia, belajar untuk hargai. Jangan hilang-hilang perasaan lagi."
"Syukur kalau kau ada hati mau bercinta lagi. Jangan biar terlampau heartless tu"
"Minta petunjuk Allah, Perhatikan hati mu memberat kemana."

Wallahi, sekarang ni hati ku kosong. Bukan kosong apa, aku bingung. Hmm, sekali lagi berbicara soal hati. Untuk masa lalu, sehebat mana pun ia, aku tidak ingin kembali. Itukah moved on? hahaha. Entahlah. Kau cakaplah apa pun yang indah dari masa lalu, lek lek jak. Tiada feeling. Itu petanda tiada hati? Bukan.

Mungkin aku sudah set dalam otak yang aku perlu bersedia untuk masa hadapan. Ya, Fokus. Untuk yang pernah bagi kenangan manis, terima kasih. Untuk yang pernah melukakan juga terima kasih. Kalau bukan kerana kamu, aku tidak sekental ini. haha

Tipu kalau aku cakap sepanjang aku single tiada yang try masuk line gituuuu. haha ! Ada. Malah tidak putus-putus *Bukan riak, cerita sebenar* Tapi tindak balas ku lebih kepada untuk mengabaikan. Jyeahhh! Punca masih tidak dapat dipastikan. Tidak cukup syarat? Aku bukan jugak memilih sangat, apa lagi kalau soal rupa. Hiks, An advance kan kalau dapat bugis. Restu family aku disitu. ahaha racist, Apapun, agama yang paling utama :)

Jangan terburu-buru. The right person will comes with a right time. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan 'jodoh rahsia Allah'. Allah pertemukan aku dengan pelbagai jenis manusia supaya aku faham yang mana aku patut utamakan. Yang buat aku menangis belum tentu buruk. Yang buat aku ketawa belum tentu baik.

                 Buat kau yang akan bersama-sama saya dimasa hadapan mungkin sampai syurga, hiks
Saya tidak tahu siapa kau. Tapi satu yang perlu kau tahu. Saya sedang berusaha memperbaiki diri saya untuk menjadi anak solehah sebelum saya menjadi isteri solehah. :) Saya doakan kau disana (entah dimana) jaga iman selalu. Jadi anak yang soleh supaya boleh jadi suami yang berjaya kelak. Hewhewhew

P/s: aku sebenarnya setia. Tapi untuk orang tertenju saja. Hahahaha kbai

No comments:

Post a Comment