R E Z E K I

assalamualaikum

Hi there! 13 Februari 2017: Hari pertama aku kuliah bagi semester kedua sesi 2016/2017, skema! haha juga dikenali sebagai semester akhir aku sebagai pelajar program ijazah. I is tazzabar mau kasi habis! Result aku tidak gempak pun macam orang lain. Tapi kenapa perlu ikut orang lain kan? Perlu kalau mengarah kepada kebaikan apa salahnya? Aku soal, aku jawab.

Setiap hari, 5 kali sehari mintak Allah luaskan pintu rezeki. Tapi dalam masa yang sama selalu lupa yang rezeki Allah tu luas. Bukan cuma duit, harta dan kekayaan. Nikmat paling besar pertama sekali bila kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Alhamdulillah. Ya, Alhamdulillah for everything. Nampak macam simple kan ayat tu? Tanpa sedar itu ayat yang paling bermakna bila didalami. Banyak nikmat Allah tanpa kita sedar.

Aku mengaku, sepanjang aku belajar dalam peringkat ijazah ni, aku banyak kecewa dengan keputusan yang aku dapat bila tidak mencapai target yang aku aim. Sakit! Tapi bila fikir balik, dalam kecewa tu, Allah selitkan 'rezeki' untuk aku. Allah bagi aku kesabaran yang tinggi supaya aku tidak mudah putus asa. Allah uji supaya aku lebih flexible dalam segala hal. *boleh sudah masuk rancangan motivasi pagi ganti dr. siti norbayah* haha, lol!

Tiadalah, haha! Entah. Sebenarnya aku serabut fikir pasal masa depan. FYP (final year project) tempat praktikal, kerja, gaji, parents semualah. Adat dunia. Tapi semua tu lesap dari fikiran dalam sekelip mata bila kau fikir pasal mati. haha! Mungkin itu salah satu faktor aku boleh buat muka rileks bila orang sibuk kerutkan dahi fikir hal dunia. No, sebenarnya aku risau 100x nampak lebih tua bila aku fikir pasal semua tu.

Memandangkan result sem lepas aku tidak capat target, aku sentiasa letakkan dalam kepala otak dan mata hati, kalau sudah itu rezeki yang Allah tetapkan buat macam mana halangan/usaha sekali pun tetap itu kita akan dapat. Tapi jangan risau, doa tu kan senjata mukmin. Jangan putus doa, usaha, tawakkal. Kadang-kadang, rezeki tu bukan untuk kita boleh jadi sebab kita kurang bertawakkal dengan Allah. Macam mana hebat sekali pun, kita tetap manusia biasa, selalu lupa. Selalu meletak harapan tinggi dengan manusia, sampai kita lupa di mana sepatutnya kita letak harapan tu.

Panjang pulak. haha, bai.

No comments:

Post a Comment